Tuesday, August 25, 2009

Always Last to open for No Use For A Name's show in Kuala Lumpur! (18/10/2009)


On October 18th 2009, we will open for one of our all-time favourite band, No Use For A Name! along with our friends Toxictoy, Plague of Happiness and Second Combat! Woohoo! (click on the image to view larger)

Whoever want to get the pre-sale tickets can call the numbers below. Tickets probably will be available from next Monday 31 August. Thanks!

(sms us NUFAN TICKET. and we'll get back to you as soon as the tickets are ready)

petaling jaya - kuala lumpur | 0166242916
klang - shah alam - subang | 0192293816 / 0122426564
puchong - seri kembangan - kuala lumpur | 0126690243
studia allunan symfonny (sunway) | 0182461976
JB - Singapore | +06591021518

We will be at these places this Hari Raya Holidays;

Kedah/Terengganu/JB/Perak/
Pahang

Tickets will also be available at:

ALLUNAN SYMFONNY studio, cafe & distro,
(wholly owned by PERMATHA PATHAH PRODUCTION)
#27-2, Jalan PJS 8/12, Dataran Sunway Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,
Central Malaysia

Contact No.
0182461976
0132107651

Thursday, August 20, 2009

Apis (Carbon 4 Teen) reviews Always Last

We would like to share with you the looong review of our self-titled demo, by our friend Apis from Carbon 4 Teen. This is stolen from his personal blog. Thanks Apis, and sorry that it is written in Bahasa Malaysia.

"Kali ini aku telah memberanikan diri untuk membuat ulasan tentang satu rilisan oleh sebuah band punk rock dari keluarga Nervhous Re-chords iaitu ALWAYS LAST!

CD ini aku beli dengan harga RM3.00 semasa berlangsungnya jamming session oleh beberapa band Punk Rock disitu. Kenapa murah? owh... hasil photostat hitam putih. ok lah tu. Mula-mula Aku macam malas nak beli kalau tak kenal sebab dari segi fizikal produk ini, aku hanya mampu memberi mereka 2 bintang dari keselurahan 5 bintang. Oleh sebab band ni bermainkan muzik Punk Rock dan aku kenal beberapa barisan anggota Always Last, so aku seluk seluar jeans aku. Nasib baik ada baki selepas aku guna Tol Akleh untuk datang ke Ampang. Ini lah perangai sebenar aku kalau nak beli sesuatu produk.

Dalam CD ini pula mengandungi 5 tracks iaitu The Intro, Theoritically Rhetoric is Pathetic, The Best Practices, Kalau Aku... Pak Lah dan Partial.

1. The Intro (2:03)
First sekali dah tentu aku nak dengar kualiti gelombang bunyi yang muncul dari hasil gabungan instrument yang mereka mainkan. Oh.. ini... Jap! Always Last telah meyakinkan aku dengan pepatah dont judge a book by its cover. Memang baik! Anda akan rasa seperti anda telah tersalah memasukkan Audio CD ke CD ROM laptop anda. Hasil CD yang di'burn' mungkin pakai software Nero atau Windows Media Player atau apa-apa sahaja ini telah menghasilkan gelombang bunyi yang padu dan jelas. Setiap pukulan drum, petikan gitar dan bass masuk sebiji demi sebiji ke corong telinga aku melalui headphone Panasonic milik aku. Aku mula terbayangkan intro (glass war) oleh NOFX dalam album They've actually gotten worst live! Always Last bukan sama macam NOFX atau Bad Religion, tapi ntah..kenapa aku terbayangkan mereka. kualiti sound ke? ish... jangan samakan NOFX atau Bad Religion dengan band punk rock lain. boleh kena marah dengan peminat Punk Rock dunia. macam apa ar? macam.. hah ok! ini band Punk Rock!

2. Theoritically Rhetoric is Pathetic (2:27)
Aku mula melebarkan senyuman.. tak sah lagi! Always Last bukan calang-calang band. Mereka berjaya keluar dari 'kepompong' punk rock seperti yang anda biasa dengar. Octave yang melekat namun ada sedikit cacat sebanyak 1% di minor solo mereka. itu pun kalau anda mengulang part tersebut 4 - 5 kali baru anda perasan. Namun ia tidak mencacatkan kesuluruhan lagu ini.

3. The Best Practices (1:41)
Pukulan drum pantas dan disertakan dengan tenaga yang konstan! Kehebatan drumer mereka tidak dapat disangkal. Tempo juga dikawal dengan baik. aku menjadi begitu teruja sehingga lagu ini tamat. fuhh...

4. Kalau Aku.. Pak Lah (2:43)
Copy dan Paste ulasan diatas.... tambah pula ini, mesej yang berani walaupun isu ini sudah lapuk. tapi semasa lagu ini dicipta, isu ini masih belum lapuk. Sarcasm dan Best!

5. Partial (6:16)
Always Last tidak perlu memberitahu yang lagu ini adalah killer song mereka. tapi pada aku, lagu ini memang boleh membunuh! Tidak keterlaluan untuk aku mencadangkan kepada punkrockers semua untuk meletakkan lagu ini sebagai favorite dalam list anda. Anda tidak perlu menunggu chorus untuk sing-a-long kerana keseluruhan lagu ini adalah untuk sing-a-long! kecuali part "rainboys is fuckin homophobs" korang kena nyanyi kuat sikit. hehe.. Alunan bass pada penghujung lagu amat menarik. penghujung? bukan 6 minit lebih ke? pelik kenapa 6 minit lebih? owh... ada bonus tersembunyi di minit 3:04! Dimulakan dengan bunyi orang bertepuk tangan dalam rentak yang ceria. hahaha... ini adalah lagu unpluged versi spontan yang terancang. memang kreatif!

Kesimpulan : Bagus! Korang tak akan menyesal membayar rm3.00 kerana ianya sudah lebih dari berbaloi. Sorry lah kasi korang 2 bintang pada mulanya. tapi itu lah persepsi orang terhadap fizikal produk ini. Takper, kita bukan makan kulit kacang pun kan? isi itu yang kita nak. Itu sahajalah pandangan aku terhadap rilisan Always Last kali ini. Aku juga tak sabar untuk membuat ulasan terhadap rilisan mereka akan datang.

Bye..."